Wednesday, March 9, 2011

6.3.11: Hantar nenek gi Umrah @ KLIA


Semalam masa aku ke Kuantan, my parents dah gerak dulu ke Tanjung Karang. Hari ni, pagi2 sesudah subuh, dorg hantar nenek ke KLIA. Kalau ikutkan, flight nenek pukul 12pm. So, by 11am tu kena ada sana la sbb dorg nak brief lagi. Angah and Zaid follow aku dari Bangi. Kalau tinggal bertiga, biasa lah... sure lambat bangun nyer. Ayah dah bising dah... ayah suruh pukul 10am kena ada di KLIA. Kitorang dah budget dah, sure lambatnya. Tu yang masing2 mcm malas je nak siap awal2...

Dengan tidak bersarapannya, kami pun gerak la ke KLIA. Sampai je sana, call ayah, rupa2 nya dorg still otw. Punya la laju aku bawak sbb nak cepat. Since dorg x sampai lagi, kitorang pun gi la makan dulu @ Food Garden, KLIA. X pasal2 berpuluh2 ringgit melayang. Carrot juices je dah RM13 kot + Egg sandwich = RM20+. Hampeh!

Habis makan, dorg smua dah sampai... Kami pun gerak ke departure level... Nampak la nenek with atok, abg ijam and syamil pun follow skali. Kak ros tinggal jaga Naufal kat rumah. Abg Ijam mmg tinggal ngan atok n nenek kat kampung. Ada la jugak org nak tgk2 kan.... Atok pun dah x sihat. Thats why kali ni nenek sorg je gi umrah with a few org kampung.

Time nenek pergi ni ada lagi beberapa package lain ke umrah juga. So, penuh la level departure kat KLIA ni... lama betul process check in jemaah ni rupanya. Bosan dah kami tunggu. Muka masing2 dah x boleh blah dah. hahha....

After 2 hours menunggu, dalam pukul 12 lbh mcm tu baru settle. Ketua package nenek ni panggil untuk berkumpul dan sampaikan beberapa pesanan and than baca doa. Utz tu maklum semua boleh berpecah tapi make sure, by pukul 1pm, mesti dah masuk gate .Nenek special case sbb pakai wheel chair. Nenek boleh jalan tp xleh jalan lama2. Nanti dia semput. Bagus betul service wheelchair kat KLIA ni... Dia bawak nenek sampai kat gate. Xyah la kami nak susah2 hati.


Sementara nak tunggu ke pukul 1pm tu, kami lepak la dulu minum2 coffee... atuk pun dah keletihan dah. Tempat duduk dah la xde. Smua penuh... so, kena lepak kedai... pukul 12.30pm, ayah ke kaunter B untuk daftar for wheel chair. Ada sorg staff pakai kemeja purple, dorg ni mmg jaga untuk wheel chair ni n dia yg akan tolak kan nenek sampai ke gate.


Saat yang buat aku nak menitiskan air mata... sesi salam2 nenek sebelum nenek turun ke kaunter bawah. Kami follow je nenek sampai dah x nampak dari pandangan.. hahha... yg kelakarnya, atok pun ikut skali. hahah... sweet jer...

Aku ngan zaid, time menunggu td, sempat shopping perfume jap. Free duty kan... rugilah x beli... Zayd beli travelling set Gucci man. Smart! benci aku! mmg jual kat kedai duty free sahaja. Terus dia beli...


Gucci Gucci By Gucci Pour Homme Travel Spray
Gucci Gucci for Woman

Aku plak beli Gucci Gulty. Sedap gak bau dia... ni smua gara-gara tengok magazine intrend la nih... terpengaruh aku!

No comments:

Post a Comment