Saturday, March 19, 2011

17.3.11 : Breakfast @ Roti Canai D' Bukit, Bangi



Restoran ni dulunya kecik jer and x famous pun. Asal dulu bukan jual roti canai pun tp famous dengan sup gear box nya. sekarang ni mcm dah kureng. Yang famous is sarapan pagi, pekena roti canai! Garing dan lembut... cicah pulak dengan kari kambing! perghhh... memang terbaekkkk.....

Selain daripada roti canai, sini famous gak dengan nasi lemak and mee bandung nya... tapi aku x pernah rasa... slalu datang sini memang nak makan roti canai. Tempat ni nama D'bukit pun sebab kedudukan dia yang agak tinggi dari level main road. Kalau datang ngan kereta 'ferrari' ayah aku tu, conform sangkut punya. Semua kena turun tolong jadi police traffic, jaga jalan.

Hari ni kira first time la aku datang dengan kawan2 ofis, maklum la minggu cuti sekolah kan. Jauh la kitorang brekpes. Shahril yang cuti hari ni pun boleh join sekali. Hj. Nizan yang ajak breakfast kat sini. Aku ngan En. Wan, nyibuk jer... :p

Kalau nak datang time weekend, sila lah datang awal sikit yer. If bangun kul 10am, lupa kan je la niat tuh... if smua order dah habis, jangan bising pulak... I think another reason why org suka makan sini is enviroment dia lah kot. Sebab ni area Sg. Ramal Dalam. So, suasana kampung tu mmg ada la. dengan atap zink nyer, dengan pokok kelapa n all. Bunyi ayam, itik, burung... semua la ada... :p


No comments:

Post a Comment