Saturday, March 19, 2011

13.3.11 : Final Piala All England!!!

Seperti yang semua orang dah jangka, final untuk piala All England ni, sure Lee Chong Wei akan berjumpa dengan musuh ketat Malaysia, Lin Dan dari China. Walaupun nama dia dekat2 dengan nama aku, walaupun muka memang hensem! Tapi dalam game badminton ni, kau tetap jadi musuh ketat kami! hahha...

Game malam tu memang mantaop la! Aksi lebih menarik dari Datuk LCW berbanding dengan game2 dia sebelum ni. Memang cukup puas hati walaupun permainan senget! Sakit-sakit perut aku tengok! Aku harapkan game kali ni bukan double sets. Kalau x, conform Msia kalah!

Bermain dengan phsycology, LCW akhirnya berjaya menewaskan kan Lin Dan straight dua game dengan mata yang sama iaitu 21-17 dan 21-17. Memang cukup puas hati! Kitorang tengok kat rumah ni dah melompat macam orang gila! hahaha... Here the results....


Aku yang macam dah ready dengan kemenangan Datuk LCW malam tu, dah ready dengan camera di tangan. hahha... memang keje bodo la tapi puas hati. Walaupun x dapat tengok live kat sana kan... dapat shoot dari screen TV pun jadi lah... hahaha... macam haram!

Aku bukannya apa... aku mengharapkan Datuk membuat aksi2 yang lebih melukakan hati si Lindan tuh... xder la plak.... :( Tapi xpe lah... bagus la tu. Boleh tunjuk attitude orang Malaysia yang baik. Ada pride yang tinggi! x POYO mcm Lin Dan tuh... sakit hati gila tengok kalau dia menang...

Here some photos yang sempat aku snap! hahah...

Mata penamat & seterusnya menjadikan LCW juara

Moment of truth...

Macam ni la cara juara... :p

Siap sujud syukur lagi... :p

Kemenangan All England 2011 ni, bermakna kemenangan kedua Lee Chong Wei secara berturut-turut sejak All England 2010. Tahun lepas, Chong Wei bertemu pemain yang baru meningkat naik dari Jepun, Kenichi Tago di peringkat akhir dengan mata 21-19, 21-19. Lin Dan masa tu pula kalah dengan pemain senegaranya, Bao Chunlai. Takut jumpa LCW la tuh...

Apa-apa pun, tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei atas kemenangan yang dikecapinya sebentar tadi. Paling bermakna, Chong Wei telah tunjukkan persembahannya yang sangat baik walaupun ada beberapa kesilapan yang tak sepatutnya dia lakukan, antaranya menghantar shuttle terlalu jauh keluar dari gelanggang. Asyik out jer... tp x seteruk game2 dia sebelum ni...AND...

Lin Dan pun banyak buat silap kali ni. Apa-apa pun, game nilah paling best pernah aku saksikan sepanjang diorang berdua ni bertemu. Paling best bila dapat tengok Chong Wei perdayakan Lin Dan. Dua tiga kali juga sampaikan Lin Dan menggaru mukanya yang tak gatal hehe. Biasanya Chong Wei akan terikut-ikut dengan rentak Lin Dan, tapi tidak buat kali ni. hehehe... aku suka!

ramai jugak penyokong M'sia kat sana...

Yes Datuk! M'sia's pride...

Coaches tompang gembira...

Tahniah Datuk!!!

No comments:

Post a Comment