Saturday, February 26, 2011

24.2.11 : Karnival Kanser, UPM

Karnival Kanser ni dirasmikan oleh VC dan ada jemputan dari sekolah rendah Seremban... Tujuan utama ke sini is nak tgk mcm mana event yang dirasmikan oleh VC berlangsung sebab x lama lagi, ofis aku lak nak buat pelancaran sistem baru untuk permohonan projek so call 'e-permohonan'.
Majlis bermula jam 10am so, ketibaan VC maybe around 9.30am. Pukul 10am tu start nyanyi lagu negaraku diikuti dengan lagu UPM. pastu bacaan doa oleh ustaz dari Pusat Islam. Suara and tajwid dia sedap betul. Maybe kami pun boleh jemput orang yang sama...

We all datang agak awal la... Aku datang dengan Ct, Kak Zira, Hanim and Kak Is tapi Hanim and Kak Is duk depan skit. Seats dah penuh la juga... Kena pastikan jumlah kerusi melebihi jumlah jemputan sebab dorang suka duk berselang-selang. Ada gap2... Especially lelaki. Dorg x suka duduk dekat2 dengan orang lain yang tidak dikenali... Take Note!

Perkenalkan... inilah VC baru kami, Prof. Radin, dia nampak excited and happy to share about cancer coz dia salah seorang penghidap cancer tp x sure la cancer apa tp bahagian perut la. Pankreas maybe... Dia baru je baik dari pembedahan and now tinggal pemeriksaan susulan je la kot. Aku x kenal pun dia sebelum ni cuma penah dgr nama la... Orang kata dulu dia berisi skit but now memang nampak sangat kurus la. He such a funny guy. Pandai selit humor dalam speech. X bosan dengar... sambil VC bagi speech, tetamu boleh juga pusing2 di bahagian pameran di bahagian belakang tempat duduk.

Kalau dah nama pelancaran, mestilah nak tengok mcm mana VC rasmikan sesuatu acara tu kan. Lagi best kalau ada gimik. Kali ni beberapa orang students get ready di laluan tengah and aku nampak yg depan sekali bawak macam peti harta karun tuh. Rupa-rupanya dalam tu ada buku. Diarang beratur dan terus naik ke pentas.


Bila semua dah ada atas pentas, seorang perempuan bukak peti tu and keluarkan buku baru penerbitan baru berkaitan kanser. Memang sesuai untuk VC. huhu... Dengan itu, VC melancarkan 3 buku baru tu dan juga no, tel perkhidmatan berkaitan kanser :


Talian bebas tol 'Kan Help Line 1-800-22-2233'


Inilah event yang dikatakan simple and sweet. Sebelum VC berucap tadi, pasukan boria kanak-kanak dari Seremban buat persembahan. memang catchy la... ramai ibu2 yg terhibur... Benda mcm ni yg tinggalkan kenangan kan... Gimik dorg pun simple jer...

Selesai jer perasmian tuh, sebelum org lain serbu keluar, kitorang dah gerak dulu dah. Ct and Kak Zira nak gi minum jer terus. Tujuan kedua aku datang sini is sebab aku nak cek blood type aku. Tapi x boleh la plak. Derma darah boleh la. xnak aku!

Ternampak Fadhy and Dira tengah isi borang. Aku pun join la sekali. At least, boleh la aku cek kolestrol... x boleh jugak? misi yang jaga tuh kata, dorg x bawak alat. Hampeh! dah la kena bayar RM10. Setakat cek BMI and sugar level jer. Pastu dengar consultancy kejap. Untuk buat RM10 aku tu berbaloi, aku buat breast check-up sekali.

First time nih kena cucuk! takut gila, Orang lain relax jer... aku siap kena fikir 10x... haha... Rupa-rupanya x sakit langsung. Tapi misi tu ckp, jarum untuk check blood type tu besar la sikit sebab nak kena amik banyak darah. Yang untuk sugar ni, setitik kecik jer. Tp cuak nyer bukan main... :p Ni la jari kami bertiga yang kena cucuk. huhu... Pergi kat bahagian consultancy, semua benda normal. Cuma dia cakap, walaupun blood pressure di tahap normal tp normal yang dah nak ke rendah. Thats wy kadang2 rasa nak pitam. Sugar normal walaupun aku kuat makan manis. Aku tanya jugak dia, kenapa every time after makan rasa nak muntah? Dia kata itu tanda2 gastrik. Mungkin disebabkan stress... Aku setuju sangat la bab tuh... :p

Before balik, kami bertiga ke tingkat atas untuk pemeriksaan payu dara pulak. Dengan bangganya masuk dalam bilik tu and ada sorg doc ni suruh aku bukak baju and tutup dengan blanket yg disediakan. This is my first time so aku ikut je la arahan.

Yang aku pelik tuh, blanket tu lagi tebal dari baju aku. Lebih baik xyah bukak. Bila aku bgtau dah sudah, doc tu pun masuk and suruh aku bukak blanket tuh. Terkejut badak la aku! wey, x penah aku tayang breast aku wey... rasa mcm kena raba jer. Ngan perempuan lak tuh... rasa semacam jer... ahhaha... Si Dira and Fadhy pun terkejut. Dorg pun 1st time rupanya. Uish... menyesal! kalau tau xyah buat... x pasal2 buat free show... :p

Pastu terus balik ofis tanpa sempat makan... :( Macam mana pun, at least kami dapat gambaran mcm mana event yg boleh consider as besar ni dibuat dengan lancar...

No comments:

Post a Comment