Saturday, February 26, 2011

24.2.11 : Karnival Kanser, UPM

Karnival Kanser ni dirasmikan oleh VC dan ada jemputan dari sekolah rendah Seremban... Tujuan utama ke sini is nak tgk mcm mana event yang dirasmikan oleh VC berlangsung sebab x lama lagi, ofis aku lak nak buat pelancaran sistem baru untuk permohonan projek so call 'e-permohonan'.
Majlis bermula jam 10am so, ketibaan VC maybe around 9.30am. Pukul 10am tu start nyanyi lagu negaraku diikuti dengan lagu UPM. pastu bacaan doa oleh ustaz dari Pusat Islam. Suara and tajwid dia sedap betul. Maybe kami pun boleh jemput orang yang sama...

We all datang agak awal la... Aku datang dengan Ct, Kak Zira, Hanim and Kak Is tapi Hanim and Kak Is duk depan skit. Seats dah penuh la juga... Kena pastikan jumlah kerusi melebihi jumlah jemputan sebab dorang suka duk berselang-selang. Ada gap2... Especially lelaki. Dorg x suka duduk dekat2 dengan orang lain yang tidak dikenali... Take Note!

Perkenalkan... inilah VC baru kami, Prof. Radin, dia nampak excited and happy to share about cancer coz dia salah seorang penghidap cancer tp x sure la cancer apa tp bahagian perut la. Pankreas maybe... Dia baru je baik dari pembedahan and now tinggal pemeriksaan susulan je la kot. Aku x kenal pun dia sebelum ni cuma penah dgr nama la... Orang kata dulu dia berisi skit but now memang nampak sangat kurus la. He such a funny guy. Pandai selit humor dalam speech. X bosan dengar... sambil VC bagi speech, tetamu boleh juga pusing2 di bahagian pameran di bahagian belakang tempat duduk.

Kalau dah nama pelancaran, mestilah nak tengok mcm mana VC rasmikan sesuatu acara tu kan. Lagi best kalau ada gimik. Kali ni beberapa orang students get ready di laluan tengah and aku nampak yg depan sekali bawak macam peti harta karun tuh. Rupa-rupanya dalam tu ada buku. Diarang beratur dan terus naik ke pentas.


Bila semua dah ada atas pentas, seorang perempuan bukak peti tu and keluarkan buku baru penerbitan baru berkaitan kanser. Memang sesuai untuk VC. huhu... Dengan itu, VC melancarkan 3 buku baru tu dan juga no, tel perkhidmatan berkaitan kanser :


Talian bebas tol 'Kan Help Line 1-800-22-2233'


Inilah event yang dikatakan simple and sweet. Sebelum VC berucap tadi, pasukan boria kanak-kanak dari Seremban buat persembahan. memang catchy la... ramai ibu2 yg terhibur... Benda mcm ni yg tinggalkan kenangan kan... Gimik dorg pun simple jer...

Selesai jer perasmian tuh, sebelum org lain serbu keluar, kitorang dah gerak dulu dah. Ct and Kak Zira nak gi minum jer terus. Tujuan kedua aku datang sini is sebab aku nak cek blood type aku. Tapi x boleh la plak. Derma darah boleh la. xnak aku!

Ternampak Fadhy and Dira tengah isi borang. Aku pun join la sekali. At least, boleh la aku cek kolestrol... x boleh jugak? misi yang jaga tuh kata, dorg x bawak alat. Hampeh! dah la kena bayar RM10. Setakat cek BMI and sugar level jer. Pastu dengar consultancy kejap. Untuk buat RM10 aku tu berbaloi, aku buat breast check-up sekali.

First time nih kena cucuk! takut gila, Orang lain relax jer... aku siap kena fikir 10x... haha... Rupa-rupanya x sakit langsung. Tapi misi tu ckp, jarum untuk check blood type tu besar la sikit sebab nak kena amik banyak darah. Yang untuk sugar ni, setitik kecik jer. Tp cuak nyer bukan main... :p Ni la jari kami bertiga yang kena cucuk. huhu... Pergi kat bahagian consultancy, semua benda normal. Cuma dia cakap, walaupun blood pressure di tahap normal tp normal yang dah nak ke rendah. Thats wy kadang2 rasa nak pitam. Sugar normal walaupun aku kuat makan manis. Aku tanya jugak dia, kenapa every time after makan rasa nak muntah? Dia kata itu tanda2 gastrik. Mungkin disebabkan stress... Aku setuju sangat la bab tuh... :p

Before balik, kami bertiga ke tingkat atas untuk pemeriksaan payu dara pulak. Dengan bangganya masuk dalam bilik tu and ada sorg doc ni suruh aku bukak baju and tutup dengan blanket yg disediakan. This is my first time so aku ikut je la arahan.

Yang aku pelik tuh, blanket tu lagi tebal dari baju aku. Lebih baik xyah bukak. Bila aku bgtau dah sudah, doc tu pun masuk and suruh aku bukak blanket tuh. Terkejut badak la aku! wey, x penah aku tayang breast aku wey... rasa mcm kena raba jer. Ngan perempuan lak tuh... rasa semacam jer... ahhaha... Si Dira and Fadhy pun terkejut. Dorg pun 1st time rupanya. Uish... menyesal! kalau tau xyah buat... x pasal2 buat free show... :p

Pastu terus balik ofis tanpa sempat makan... :( Macam mana pun, at least kami dapat gambaran mcm mana event yg boleh consider as besar ni dibuat dengan lancar...

Tunjuk perasaan pelajar UPM...

Kalau nak park kereta kat ofis, sekarang ni aku prefer masuk ikut palang depan sebab palang belakang tu slalu sangat rosak! Lalu kat depan bangunan pentadbiran tu, aku nampak kereta BOMBA and ramai orang kat lobi. Pelik! maybe ada lawatan tp x nampak pulak bas diorang. Nak kata ada perjumpaan staf dengan VC baru, xde plak budak2 ni kecoh. Even dalam buletin pun xde mention.... ada apa ek?

Pagi tu dalam kul 10am, aku ke Masjid UPM. Discuss dengan kontraktor untuk kerja mengecat semula masjid. Tukar dari color biru ke coloe merah maroon UPM. Xtau la apa public will say about kubah masjid maroon in color. OMG! hahaha...

Balik dari meeting tu, aku tengok dekat lobi bangunan pentadbiran tu bertambah ramai pulak. Aku ajak la Shahril gi tengok. Rupa2nya pelajar UPM buat tunjuk perasaan... bila tanya beberapa individu yang boleh dipercayai, rupa-rupanya pelajar ni x puas hati dengan pembatalan pencalonan MPP. Macam BN and PAS la ni. Ada 2 parti. Yang tunjuk perasaan ni kira parti pembangkang la. Banyak sebab yang aku dengar...

Ada orang kata, 11 undian di piak dorg tu dibatalkan. Kononnya calon2 tu CGPA x lepas. x logik sebab kalau x lepas, dorg patut di reject dr awal. x dibenarkan bertanding lgsg. Ada pulak yang kata, dorg x boleh mengundi secara on line seperti yang dah dipraktik kan since past a few years.

X sangka, tunjuk perasan yang aku tengok biasa2 je tadi, menjadi lebih ganas! Diorang mogok di lobi pentadbiran sebab dorang nak jumpa TNC HEPA. Dorang ugut, if TNV x turun, diorang nak naik atas. Ramai polis datang. ada yg naik kereta n pusing2 buat rondaan. Pak guard UPM pun jaga dalam bangunan takut ada yg terlepas naik atas.

Perghhh... first time aku tengok tunjuk perasaan nih... Daripada biasa jadi ganas. Daripada ganas jadi rusuhan berdarah... memang aku x pergi tengok la kan... kang ada plak yang muntah. Juz dengar cerita budak2 ni jer... Rupanya pelajar dari Univ lain pun datang jugak memanaskan lagi keadaan... Dorang kira sampai 20, if TNC x turun jugak, dorg nak rempuh main door bangunan pentadbiran tuh. FYI, pintu tu adalah automatic glass door. bayangkan tebal mana? full lenght k... Boleh pecah keseluruhan bahagian. x pasal2 kitorang kena buat kerja undi ganti pintu baru.

Teruk betul la tahap fanatik pelajar2 sekarang ni. x ke mana pun if u oll menang. yerla, dorg still nak kebenaran and dorg nak explaination why they've beed treated like that... Yang malunya, keluar Berita TV3 tuh... news yang 1st skali lak tuh... :( too bad! VC sendiri turun bagi penjelasan pun dorg xnak terima. Diorang nak TNC HEPA jugak yang explain. Dorg siap sembahyang Zohor kat lobi tuh... x berganjak... memang gila!

Berita KOSMO semalam:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2011&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm


Berita KOSMO untuk hari ni :
Di Youtube :

Sunday, February 20, 2011

20.2.11 : Nasi Briani Ghazal @ Seksyen 8...



Hari ni x sabar nak balik bangi... penat skenduri semalam still terasa tp xpe la kan... demi untuk nenek ku sendiri. Nak tunggu kenduri aku gi umrah, ntah bila2 kan... nenek dah pergi brape kali ntah... best tul...

Perjalanan dari Tanjung KArang ke Bangi ambil masa lebih kurang 1jam 45 minit. Dalam pukul 11 lbh kami gerak balik. Next Saturday baru hantar nenek ke KLIA. By the time kami sampai di Bangi, dah masuk time lunch. Perut masing2 dah lapar. So, we all decide untuk gi lunch terus. Ayah tiba2 teringin plak nak makan Nasi Briani...

Kalau kat BAngi ni, aku pernah makan kat Nasi Briani Mat Top seksyen 8. hmmm... sedap gak. aku ni bukanlah peminat nasi briani sangat. so, aku rasa sedap jer... This time ibu ajak gi Nasi Briani Ghazal pulak. Ok gak, bleh try rasa kedai baru.


Nampak x set mana yang paling mahal? itulah yang aku order... superb rasa dia... x bleh blah! Kalau tanya asal usul Nasi Briani ni... aku memang xtau la tp pada signage kedai ni ada tulis..

"Beriani Gam Istimewa Resepi Original Negeri Johor"


Masakan Nasi Briani ni sangat simple coz x banyak bahan or lauk. So, bila customer datang, tinggal nak senduk and panaskan sahaja. Antara bahan-bahan wajib adalah :



Nasi Briani : Minyak Sapi, bawang goreng, rempah ratus ni la yang 'secret receipe' and ini yang membezakan aroma and flavour.


Acar and kuah dal ni biasanya ada untuk lauk tambahan nasi briani ni... rasa manis acar campur dengan rasa rempah pada dal dan nasi dah cukup sedap dah. di tambah pula dengan lauk tambahan ikut selera pelanggan.


Kambing Masak Briani ni is lauk yang boleh kita pilih seperti mana yang ditulis pada papan tanda kedai nih. Aku memang hantu kambing so wajib la order kambing kan. Kambing dia sangat tender and boleh rasa rempah2 dalam masakan tu. rasa kambing dia yang kuat tu buat aku rasa xnak basuh tangan. hahaha....


Makan Dulu yer... :)


19.2.11 : Kenduri nenek nak gi umrah...

Nenek dari last weekend lagi dah call inform that kenduri Doa Selamat untuk dia gi Umrah bulan Mac nanti nak buat this weekend. So, aku pun memang x plan apa2 untuk weekend ni. Tapi yang buat aku rasa x best tu is bila Hadry call inform that dia nak turun KL on Saturday morning, balik hari je la tapi. Sebab dia kena hantar Dada balik Cyber. Alaaa.... windu... nak jumpa Hadry. Nasib baik la aku berjaya pujuk ayah suh balik kampung lambat sikit on pagi Sabtu tuh...

Tengah packing and masuk kan barang2 dalam kereta, Hadry call inform yg dia dah sampai rumah uncle dia kat Seksyen 3. Lebih kurang 5-10 min la if nak ke rumah aku. Dia nak jugak jumpa sebab dia ada smthg nak bg kat nenek aku. Souvenir dari Vietnam... huhu... so sweet... ;p

Kitorang semua dah masuk dalam kereta dah. tinggal nak gerak je... baru hadry sampai. Sian dia rushing... Dari kuantan drive n terus ke rumah aku... hahah... i think ayah pun sure rasa besalah sibuk nak cepat... macam la dia pun memasak... Rupanya, bila sampai je kat kampung, nenek cakap dia tempah je Nasi Ambang so, dah jadi mcm ala2 catering la juga. Cuma nenek tambah soto. Banyak bahan yang celur2 je. Nak masak pun, tinggal kuah sup je. Pastu goreng ayam untuk dicarik2 kecik2...

Ramai jugak la yang datang menolong tapi bila kami satu family sampai jer, semua cau balik. hahah... Yerla, dorang kan dah penat masak dari pagi. Kitorang sampai dah tengahari. Sampai2 terus makan je plak tuh... Sure ada yang panasssss jer... Ada aku kesah? hhaha...

Petang tu lepas asar, terus siap2 untuk malam nanti. Bungkus kuih muih & tembikai. Kuih tu nenek tempah jugak.

Keluarkan semua jug2, pinggan mangkuk, cawan2, bersihkan rumah, keluarkan semua set sofa ke luar, bentang tikar... settle baru bleh mandi. peluh2 aku...

After Magrib, baru final preparation untuk hidang tetamu makan...

Nasi Ambang is hidangan wajib untuk orang jawa, tp dorg dah x heran la kan so memang dah siap sediakan plastik untuk dorg bungkus bawak balik jer. Satu dulang tu untuk 4 orang so, pandai2 la dorg bungkus sendiri. Thats why nenek buat jugak soto supaya ada smthg yg dorg jamah lepas habis tahlil...

Part yang paling penat is lepas kenduri. Aku memang muka sinki. Basuh pinggan je keje aku nih. Sampai sakit pinggang aku. Bayangkan la berapa banyak plak pinggan mangkuk nak kena basuhkan? Settle je keje aku...

kitorang ramai2 la melantak nasi Ambang... lapar! Haaa... meriah x? lengan kena kasi angkat sampai siku... pastu kena ramas nasi mcm mamak... pastu makan ramai2... rebut2... hahah... memang batak la kitorang... gelak je org kampung tengok.... huhu... :p

18.2.11 : Dinner @ Austin

malam ni, the whole family teringin nak makan western food... tapi malas nak keluar jauh2... bagus la... kat area Bangi ni pun dah ada banyak choice... xyah nak gi jauh pun kan...

Western Food Restaurants yang aku tau kat Bangi ni :

Seksyen 1> Pizza Hut, Warta, D'One Steak Restaurant, Cafe Lavista, Hotel Equatorial
Seksyen 2> Aku rasa mcm xde...
Seksyen 3> Red Card

Seksyen 4> ?

Seksyen 5> ?

Seksyen 6> ?

Seksyen 7> Austin's Steak House, Mon Rods, Cafe Oasis

Seksyen 8> Ice Room, Italianees, San Francisco Pizza, Secret Receipe, PapaChopMamaGrill
Seksyen 9> Ada tp aku x ingat nama dia n x pernah try... *

Maybe u olls bleh share...
But tonite... we decide to dine @ Austin's Steak House... sayangnya malam tu sorang lagi chef xde so menu yg available is yg steak2 shj...

Menu sebelah kiri tu memang terbaekkk...
harga memang murah untuk western food...


Ni bukan gelas besar tau... ni standard size

Sizzling steak : RM12.90

Combo Cart : RM13.90

Mix Lamb : RM10.90

Name:Austin Steak House
Address: No. 55 GF, Jalan Kajang Impian 2/1,
Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor
Food: Western Theme
Operating Hours: 5 p.m. to 2 a.m.
Other comments: Enough parking space, family friendly and rightly priced. Website: www.austin.com.my

Thursday, February 17, 2011

My Body Age....

Petang ni, aku masuk bilik, baru balik dari keje... nampak ni >


Teringat plak angah pernah bgtau bout this penimbang... Kak Farah punya kalau x silap. Dia memang client Herbalife. I heard penimbang ni dorg beli kat Herbalife... bleh tahan gak rasanya herga dia... Yang bestnya penimbang ni, dia bukan boleh timbang berat badan je tp berat tulang, kandungan lemak, kandungan air n etc... yang paling best, bleh tau Body Age kita... kebiasaannya x sama la dengan umur kita. hahah....

Nak tau my result?

Weight : 47.4 kg
Height : 150cm
Fat : 28.2%
Water : 52.5%
Muscle : 32.2% > 5 (1-10)
Bones : 1.8kg
Metabolisme : 4303/1029
Fat : 3 (1-10)

Body Age : 26 > jangan jeles k.... :p

Nak kira BMI anda?
https://www.purelifestyle.co.uk/Calculators.aspx?idx=3

Saya punya BMI : 21.5 (Normal)

Below 18.5 - Underweight
18.5-24.9 - Normal
25 - 29.9 - Overweight
30 - 39.9 - Obese
Over 40 - Very Obese










16.2.11 : Bowling, I'm back!

En. Nas bagi tau aku, tahun ni Akademik Sukan nak buat tenemen utk game bowling je sbb x berduit sangat kan tahun ni... game lain xde sbb dah ada MAKSUM yg kali ni dibuat di Melaka. Kelab bowling UPM memang training wednesday 1st and 3rd week every month. Dah hampir setahun dah aku x join. Semua ni start daripada 2 tahun lepas di mana ramai staf perempuan turun training tp last2nya bila tenemen betul2, x hantar pun player perempuan. Tu yang semua mogok...

but now... terasa nak main balik plak. Kalau ofis aku saje2 buat tenemen, aku main la... kalau x, memang malas gila nak main... untuk tahun ni, hari ni la 1st time aku nak main... ni pun sbb gian tgk zaid main last week. Ofis dia saje2 buat tenemen suka2 sesama mereka... Yang buat lagi kuat nak main tu, En. Nas dah msg siang tadi suruh datang...
UPM kalau bukak game biasanya memang kat Mines la coz dekat kan... lane dia pun not bad.

After almost a year x main, aku balun 5 games trus malam ni... perempaun yg ada, aku, Tim and Sha. memang muka ni je la pun yang rajin turun... Satu lg sebab yang kuat nak turun ni is sebab nak try bola baru yang aku dapat hadiah masa tenemen ofis tahun lepas. Baru last week aku gi hantar tebuk lubang. Aku pakai utk straight ball je la. Bleh amik spare...


Hadiah hari tu aku dapat satu set. Kasut and bag sekali... Tapi bila pakai kasut tu...alamak! x bleh blah la tapak dia. Ni pro je yg pandai budget nih... sbb tapak dia sebelah kanan kesat tk force and sebelah kiri licin gila utk slide. Tapi aku x pandai la... tapi sebab nak main gak malam ni... aku terus gi beli kasut baru. Ada kasut cun kat kedai ni yg memang aku dah usha dari hari tu. hahah... >
Dexter Woman's Ana Bowling Shoes
(RM169)

Banyak jugak choice untuk kasut perempuan. Untuk kasut bowling, aku pakai size 6... So, pada yang berminat, boleh dapatkan di >


Pro Shop, Mines.

Towkeh kedai... sini buka jual bowling equip je tp ada service tebuk lubang, polish and others.

Ni result aku untuk 5 games :

1st game : 130
2nd game : 135
3rd game : 107
4th game : 144
5th game : 129


to me, ni dah kira ok la ni sebab dah lama x main. tak lari jauh pun for aech game tu kan...

Tuesday, February 15, 2011

15.2.11 : Maulidur Rasul...







Tema Maulidur Rasul tahun ni ' 1 Malaysia, 1 Ummah'.... bolah pakai ke ni ustaz2? x nak comment ke? Sambutan peringkat kebangsaan kali ni berlangsung di Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Ada perarakan n all mcm tahun2 sebelum ni... Dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong... Ni antara petikan ucapan baginda :

"Ini kerana, ramai antara kita yang hanya membaca al-Quran tetapi tidak memahami isi kandungannya apatah lagi untuk menjadikannya sebagai amalan dalam kehidupan ini," tambahnya lagi.

Aku mestilah nak sambal kerang punyer...

Selera besar... makan dengan tahu sumbat + papadom

Hari ni, kami sekeluarga x ke mana-mana pun... breakfast hari ni, ayah bawak kami ke RnR Nilai. Ayah memang suka nasi lemak kat sini so dia sanggup u-turn kat tol Nilai semata-mata nak ke RnR sebelah nak ke utara...

14.2.11 : Happy Valentine's Day!!!

Bila cakap pasal Valentine's Day jer... orang-orang yang konon a'lim ni sure terus pandang negatif. Bila dengar je orang melayu celeb V day ni, sure kena sound. Kalau di kaji or cari history why hari ni di celeb, hmmm... aku rasa xde apa sangat pun. to me its juz a legend story and u can read here : http://www.theholidayspot.com/valentine/history_of_valentine.htm
Aku ni cetek ilmu tp aku x rasa celeb V Day ni adalah salah TAPI kita x perlu la sampai nak menghayati nya... Cth : Deepavali - kita celeb pakai sari, gi rumah kawan2 india and makan muruku n all. Aku pernah siap gi masuk kuil tgk mcm mana dorg celeb. Aku x rasa salah tp x perlu lah sampai menghayati or sampai nak ikut sembah tuhan dorg plak. Walaupn itu perbuatan saje-saje...
So, same thing here... aku and Hadry slalu cakap yg kita x celeb V Day pun. Tapi if kami berpeluang jumpa on this day... sure keluar date kan? Bila jalan2 kat mall, xkan x rasa nak beli those cute V Day stuff kan? Hari ni la barang2 smua mcm cute... everything in red with heart shape... maybe on this day, couple yang gaduh pun boleh berbaik-baik semula... sebab kita tgk surrounding, ramai couples yg mcm fall in love sangat....
Bila kluar dinner pulak... on this day la kita boleh dapat offer. Aku & Hadry pernah dinner @ Victoria Station on V day ni. Dah lama dah... time our diploma year. n guess what i got? red heart shape candles in anyaman sengkuang box. boleh ke dapat hari lain? huhu... best kan... tu je reason i think why we a kind of celebrating this V Day...
Hadry pernah bg apa ek... flowers is a must! huhu... Roxette pernah keluarkan kompilasi album for valentine and itu one of gifts yg hadry pernah bg sbb aku mmg minat roxette since my primary year lg.... and many more>
So, this year... memang x celeb sebab Hadry tgh holiday dengan family which actually office trip ke Vietnam... so buat2 dunno je la. We all juz with thru phone jer... coz jauh nanti bill mahal plak kan... ;p

Arround 4.30pm, this one guy call thru phone ofis and tanya aku balik bila? aku cakap la pukul 5pm n dia cakap x sempat nak hantar parcel. So, dia mintak alamat rumah. Aku dah mcm cuak sbb aku x ingat pun hari ni V Day.
Bila sampai kat rumah, fikir2 balik... ni sure hadiah V Day... tp Hadry kat Vietnam... how come? coz V Day last year pun dia buat surprise mcm ni. This one company akan hantarkan ikut alamat yg kita bagi and payment method... aku x tau. Kena tanya Hadry... ahaha...
Dalam pukul 10pm, baru dia call sbb dia sesat. Bila dia sampai, dia call balik and aku tunggu dia kat parking. OMG!!!!! besarnya. i thot it will be juz a flowers... rupa2nya ada teddy bear sekali! hahaha... so cute! Thanx a lot to Hadry which aku x belikan dia apa2 pun... i really dont expecting this... THANK YOU!!!

and


now, i fall in love again... this is what V Day to me... surely, i'll get smthg for u next time we met k dear... LOVE YOU........ xoxo

12.2.11 : Wedding Kari @ Bagan Lalang

I think this is the most weird wedding trip in my life.... hahha...

Aku dapat invitation Wedding Kari ni thru FB je... but he did mension, to whom yg nak kad jemputan, pliz drop their add. Tapi aku mcm malas la coz sure ramai yg dpt card so juz share la kan. Yang aku ingat, dia buat wedding dia kat rumah dia sendiri and teringat yang aku ada baca Venue : Sepang. Since aku xde apa buat this Sunday, so memang aku decide nak pergi. Aku tengok yg RVSP pun, Lenora je. So, aku plan with Leen je. Malas nak contact budak2 lain. Faza and Baity ada hal n x boleh nak pergi.

Surprisingly, Lenora call aku smlm inform that... teacher Nurul Huda and Pn Fuziah nak follow sekali. OMG! Teacher ok lg coz dia memang suka follow ke wedding2 kwn sekolah aku. Tapi... Pn Fuziah? erk.. my x cikgu Biology okeyh... ntah dia ingat aku lagi ke x ntah...

Seperti yang di plan, aku ke rumah Leen, amik dia and terus ke rumah teacher... Pastu baru amik cikgu Fuziah kat rumah dia pulak. Nasib baik semua duduk dekat2 jer... Before gerak, aku tengok la plan rumah Kari kat Invitation card yang Leen dapat. OMG again! rupa2nya rumah dia dekat Bagan Lalang... tidakkkkkkkkkkkkkkkk... jauh gila k.... hahah... untuk sedapkan hati, bila lagi nak bawak cikgu2 aku ni jalan2 kan?.... ;p

Map clear x sesat pun. Cuma bila nak cari taman perumahan tu je, kami terlajak. Dalam pukul 3pm baru kami sampai... penat la juga...+ panas! Sampai2 je kat sana, kitorang salam mak Kari and trus cari tempat duduk nak makan. hahaha.... Dapat makanan, semua senyap sunyi. Kelaparan rupanya semua orang... ahaha...

Lepas makan nasi, ada plak tapai (my fav), pastu pekena cendol and kuih muih... hmmm... berbaloi la datang jauh2. lauk pun sodap! Perut dah kenyang, baru ingat nak cari pengantin. Mana la si Kari ni...? terserempak pulak dengan Aizat. Classmate kami jugak. Dia jadi photographer wedding Kari rupanya... Talking bout Aizat, dalam kereta otw ke sini tadi, teacher bagi tau Aizat dah kawin and wife dia is Vietnamese... Barulah aku tau... huhu... x jemput, mana nak tau kan... before this Aizat dah pernah tunang dengan Faza (our classmate jugak) tp putus.... xperlah xde jodoh maybe. itu pun cerita lama dah....

ok, lepas dah bergambar2.... kami cau terus. Takut plak x sempat smbhyg Zohor. Nak stop2 malas plak. Tapi ada request daru Pn Fuziah nak gi tengok Resort & Spa Gold Coast yang ala2... mcm kat Dubai layout dia tu... Macam pokok Palm.... Nak masuk tengok2 pun kena parking kat luar. Hampeh btul... Pak guard tu kata : Nasib baik kereta pink cute, saya bagi la masuk tp x boleh parking. Amik gmbr dr dalam kereta jer. Poyo la juga! Bilik kat sini semua floating atas air. Semalam paling murah pun RM500+... mcm x berbaloi jer... ;p

Dah hantar semua cikgu2, aku hantar Leen last. Jam dah pukul 4.45pm. OMG! kena la smbhyg Zohor kat rumah Leen. Kalau x, x sempat ni. Aku terus sembhyg Asar. Since last 5 years, aku dah x jejak dah rumah Lenora ni... Padahal rumah dia ni la tmpt kami and beberapa kawan lagi buat study group. Mak dia ajak smbhyg berjemaah ramai2. Memang agak close. Kalau nak tau, kakak Lenora la, Kak Intan Sharizat @ nama panggilan Kak Ijat, dia lah yang banyak bagi aku nasihat if nak amik architecture. Sampai la lepas SPM, aku terpengaruh and amik archi. hahaha... actually, aku mmg minat pun... Kak Ijat jadi super senior aku time aku in Diploma year @ Uitm shah alam dulu...

Bila dah degree, aku cari kak ijat utk tolong aku buat 3D lak. hahha...

Dah puas lepak ngan anak2 sedara Leen > Nurish and Faheem... aku pun cau. Owh, Zarif dah back for good... adik Lenora is my junior. Hmmm... anak beranak amik archi except Lenora. Dia je minat account and now dia keje ngan bank...

And another good news, now Zarif kerja kat firn archi sama dengan Rahman. Zarif inform that, Izma dah bersalin... sedihnya aku coz tau dr org yg agak jauh and bukan dr badge Akikemon. Susah sangat ke nak inform ek? At least bleh la gi visit ke apa.... :(

12.2.11 : Breakfast @ Hailam Kopitiam...

Hari ni aku dah plan dengan Lenora untuk ke wedding Kari.. Kami plan untuk ke sana around 12.30pm...


Pagi tu aku bawak ibu and angah gi breakfast... This time kami x ke Paparich... Kami ke Hailam Kopitiam... makanan kat sini not bad la... tp mcm x laku. everytime we all makan kat sini, adalah 2-3 meja je yang ada orang. This time kami sampai, xde orang lgsg... What happen? Bila tanya kawan2, ramai yang cakap restoran ni x halal... sejauh mana kebenarannya? or sbb owner dia cina + workers dia semua orang Vietnam. Maybe that's 1 of the reason why people r doubt to come here....

Tapi kami sekeluarga xde pula rasa was2... area Bangi ni area orang Melayu so, bab2 halal ni kena la jaga betul2 kan. X mungkin ada pihak yang bertanggungjawab membiarkan je kedai2 x halal dibuka... Since that, kami x rasa ragu pun.. Insyaallah...


What we have this time?


Chicken SAndwich


Tuna & Egg Rolls

Butter & Kaya bread

11.2.11 : Visit Baby Alisha... :)

Seawal pukul 5.30am, adik aku berdua tu dah bersiap-siap nak daki bukit Broga. My sister x pernah pergi lagi. Sibuk betul nak pergi so, dia plan la dengan kawan-kawan ofis dia n beberapa kawan lain. Zaid follow sekali, jadi tourist guard sbb dia dah pernah pergi. Yang sedey nyer... aku x leh ikut sbb kesian pulak mak aku tinggal sorang2... takut pulak if dia x larat nanti if dia nak ikut....

So, pagi tu bila dah siap2 kemas rumah semua... Aku and ibu keluar breakfast kat Paparich, Bangi. Ni memang dah jadi port breakfast kami sekeluarga tapi ayah kurang minat. sebab dia papa yang x rich kot. hahaha.... Ayah balik Isnin so, hari ni plan berdua je la ngan ibu. Gi beli barang dapur kat Warta, cuci kereta n all...


The rest, lepak rumah je x buat apa pun... aku start buat beading baju hijau yang aku beli dekat kak Zira. dah lama dah tp baru siap nak buat. Ingat nak pakai gi wedding Kari tp mcm x sempat jer...

Petang, around 5pm : Dah janji dengan Fitri and Fadhila nak gi visit baby Farah, Alisha... Farah bersalin hari Rabu lepas. X sempat nak follow Madiha gi visit kat Hospital Putrajaya last Thursday. Tengah aku bersiap nak gi... tiba2 petir sambar menyambar, guruh berdentum2... kuat gila. Kilat tu macam panah depan rumah aku jer... Aduhhhh... ni yang aku malas nak pergi dah ni... Tapi aku sure, kalu aku x gi hari ni, xtau bila lg aku akan pergi. Kuatkan la jugak semangat.

Jam 5.30pm baru aku gerak dari rumah. Fit anf Fadhy x call pun. Sure diorg pn x sampai lg nih. Dengan berpayung, aku redah la jugak hujan. X bleh harap ngan payung, basah jugak aku. Sampai rumah Farah, there's a couple datang visit Farah. Excluded couples yang wajib ada > pasangan twin Zaida n Suhaida...
Masuk2 je, aku Hi kat semua.... but aku x nampak langsung Farah... hahaha... x perasan coz dia pakai kain batik and ikat rambut tinggi mcm makcik. hahaha.... How dare! i know... hahaha... Sorry la Farah... Zaida kena bersedia untuk melalui saat2 itu...omg!


Talking bout baby Farah > Baby Girl name Alisha... yang kuat tido! ahah... :p
Semalam aku sempat la belikan dia Baby Socks tp aku beli untuk 12-18 years old. hahaha... memang besar la untuk baby Alisha...


Again, this time aku belajar lagi pegang baby... now lebih confident coz hari tu dah pegang baby Kak Liza...


Sian dia kena cucuk amik darah kat kaki coz Doc ata dia kena kuning. Asyik tido jer x menyusu tp Farah kata tengah malam segar bugar. Sian Farah and husband xleh tido... Dah jadi mata panda macam Adam. hahah...

Dah la i heard that Kuda @ Farid (Farah's husband) kena balik bekerja off shore di i dunno where is the exact area buat its sounds like Urkmenistan. ahaha...


Kitorang dah memekak gila dah, but baby Alisha masih nyenyak tido. dah kacau2, tarik idung, tarik telinga, tarik kening... semua dah still tido nyenyak. omg!


Yang boleh buat dia nangis is time Fitri datang and bengkong dia ketat. Yang lawaknya, dia nangis kejap jer... hahha... pastu sambung tido balik.


X lama lepas Fitri sampai, Fadhilah and husband pulak sampai. Hubby dia pendiam. Senyap n senyum je tengok gelagat kitoang ni. We all dah la cakap kotor2... ahahha... xtau la dia bleh masuk ke x... Fadhi belajar cara2 untuk tidak pregnant lagi tp mcm tdk disokong sangat oleh rakan2 aku yang lain yg sedang berusaha keras untuk mendapatkan baby terutama sekali Suhaida + Adam...


Si Raif pun dah tertido2 dah atas perut mak dia. Empuk sangat... Dah dekat nak magrib, kitorang pun cau la....

Nyway, congrates to Farah & Farid for their new born baby girl.... :)