Sunday, January 16, 2011

1.1.11 : Date yang cantik kan?!

Tahun 2011 ni, bermula dengan hari Sabtu... cun! Tarikh yang cantik ni, ramai yang plan untuk ke jinjang pelamin... Congratulation kepada 2 orang staf ofis aku (PPPA), Nurul dan Amirul yang mengakhiri zaman bujang mereka... Tahniah juga pada Fadhilah, kawan skolah aku -start get together again- yang bernikah pada hari ni...

Aku mulakan hari aku di tahun baru ni dengan bangun awal daripada biasa untuk hari Sabtu... hehehe... Ni pun sebab dah janji dengan Farah, Fadz and Huda untuk ke Solemnization Fadhy. Janji jumpa kat Rumah Fadhy terus. Aku datang lambat sikit. Sampai je simpang rumah Fadhy, aku terserempak dengan Huda and Ludin dalam kereta. Bila tanya nak gi mana... dorg kata nak keluar jap. Nanti dorg datang balik... hmmm...pelik! coz sesi reception belum pun start lagi. Nampak family members Fadhy jalan kaki ke surau berdekatan. Farah x datang lagi so aku suruh dia park terus kat surau.


Ramai jugak sedara mara Fadhy yang datang... Fadhy duduk ditemankan oleh sis n mom dia. Control ayu habih minah ni... huuhu... Fadhy pakai kurung modern putih dengan lace bercorak purple... Zairi, bakal suami Fadhy mengenakan baju melayu warna putih... This is our first time jumpa Zairi...hmmm... not bad! ;p


Dalam pukul 10+am, Farah datang and amik2 gmbr... bila pak imam start berceramah, dia cau gi Warta cari barang untuk kenduri doa selamat kat umah dia tengahari nanti... Nampaknya aku sorang la yang dengar pak imam ni berceramah. Habih semua org dia skolahkan. Tapi best gak if nak share kat sini.

Jadikan Rasullullah dan Aishah sebagai contoh dalam rumahtangga. Sebagai suami isteri kena banyak bersabar. Antara sifat sabar Rasullullah ketika Aishah buat kesilapan :

1. Rasullullah suka minum air kosong yang dicampur sedikit manisan tiap kali dia balik ke rumah yang disediakan oleh Saidina Aishah. Suatu hari, Aishah terletak garam ke dalam air tanpa disengajakan. Tapi Rasullullah x marah dan berkata "Wahai isteriku, sepanjang perkahwinan kita, x pernah kita minum air yang berasa lain selain manis kan?"

2. Suatu hari Rasullullah pulang ke rumah dan mengetuk pintu tetapi tidak dibuka oleh Saidina Aishah kerana nyenyak tidur. Lalu Rasullullah tidur sahaja di depan pintu rumahnya sehingga la Aishah terjaga di tengah malam dan teringat suaminya yang belum pulang. Bila dibuka pintu nampak Rasullullah dan terus memohon maaf. Tetapi rasullullah kata, Wahai Aishah bukan kamu yg perlu meminta maaf tetapi saya kerana mengejutkan kamu di tengah2 malam begini.

pergghhhh.... boleh ke buat mcm ni? huhhu... Insyaallah... :)


Tahniah Zairi + Fadhy yang telah selamat menjadi pasangan suami isteri. Akad nikah disahkan tepat jam 11.11am pagi. Perghhh... ironiknya! Dari jauh kelihatan Fadhy mengesat air mata... so sweet... ;p Semua sedara mara tompang gembira. Sesi bergambar bersama sedara mara pun bermula tapi aku yang datang dari tadi ni, x dapat2 aku nak amik gambar ngan Fadhy... sedeyh... Baru aku perasan. Hari ni aku datang hanya dengan DGcam while sedara mara smua pakai DSLR gempak2... fine! Dengan kecik hatinya... aku pun gerak keluar dari surau. Kebetulan Farah call inform that dia dah sampai simpang surau. So, aku terus naik ngan dia ke rumah Fadhy...


Sampai rumah Fadhy, x ramai lagi orang yang sampai so sempat la aku n Farah amik2 gambar hantaran and pelamin. Lama la jugak kitorang tunggu pengantin baru nih... x sampai2 pun lagi dari surau. About half an hour, rumah dah mula penuh. So, we all decide untuk tunggu kat luar je. X dapat la tengok sesi sarung cincin. xpela... aku pun dah berpeluh2... Aku n Farah keluar minum air haus coz hari sangat panas. Nak makan tapi xde tempat duduk dah. So, we all amik kerusi duk bawah pokok sementara tunggu si Fadz and Huda. Rupa-rupanya dorang gi brekpes kat Old Town. Hampeh.... x lama lepas dorg sampai, aku cau ke wedding Nurul plak...



No comments:

Post a Comment